Monday, November 9, 2015

Kisah Anak Bujang Saya

Jiran saya suka bawa anak saya jika mahu bantuan mereka. Lebih-lebih bab membantu mengemas.

Kadang-kadang bawa si Ridhuan sahaja. Kadang-kadang dua beradik sekali. Juga sekadar menjadi teman atau kawan kepada anak mereka.

Alhamdulillah. Walau anak lelaki sekalipun, ajarkan mereka kerja-kerja rumah. Mengemas, mencuci, menjaga adik juga memasak dan membantu ketika di dapur.

Boleh juga buat pengasingan tugas. Seorang mengemas, seorang mencuci.

Anak sulung saya lebih kepada mengemas dan mencuci pakaian. Tetapi suka juga mengacau ibu di dapur.

Anak kedua pula lebih suka mengasuh adik dan membantu abahnya bertukang. Kerjanya mencuci pinggan mangkuk. Sebenarnya nak mengelat buat kerja rumah. Panjang akalnya. Dia juga suka tengok ibu adun kek. Pandai buat sendiri kalau dia rasa nak makan kek. Muffin 3 minit sahajalah yang mudah. Canpur semua bahan, masuk dalam microwave selama 3 minit. Siap!

Anak ketiga, dialah tukang sepah. Dia juga selalu buat ibu bertukar jadi hijau.
Si kecil masih bayi. Minta selalu dimanja. Hihii..

InsyaAllah. Mereka boleh diharap bantu ibu buat kerja-kerja rumah. Syukur sangat. Ringan sedikit tugas ibu dirumah. Mereka belajar seawal usia 9-11 tahun. Main main juga, tapi ada masanya. 😊 

.
Selamat bercuti bagi yang bercuti!