Tuesday, September 29, 2015

Hikmah Sebuah Aduan

Sebahagian kisah dari buku "Aku, Dia dan Rezeki"

.

Pelanggan yang membatalkan pesanan di saat akhir adalah suatu yang memang mendukacitakan.

Sepanjang saya menjalankan bisnes menjual dadih. Saya pernah dikecewakan sebanyak 3 kali.

Bukan sedikit pesanan yang dibuat. Melebihi 300 bekas. Bukan sedikit modal terpaksa dikeluarkan.

Memang kecewa yang teramat sangat. Modal pun tak pulang. Rugi sudah pasti !

Satu ketika. Seorang pelanggan membuat pesanan dadih sebanyak 300 cawan.

Sehari sebelum menghantar dadih. Saya hubungi pelanggan itu namun tidak dijawab. Sms pun tidak dibalas.

Saya sudah merasa tidak senang hati kerana bayaran belum dibuat.

Hinggalah hari dimana saya perlu menghantar dadih itu. Masih tiada jawapan daripada pelanggan.

Saya sudah tidak keruan. Tidak tahu apa yang hendak dibuat.

Sesudah melaksanakan solat sunat Dhuha. Saya mengadu kepada Allah, nasib yang menimpa.

Usai solat. Saya nekad untuk sedekah sahaja dadih itu kepada sebuah madrasah tahfiz yang terletak tidak jauh dari rumah.

Saya isikan kesemua dadih ke dalam Kancil kesayangan saya.

Terus menuju ke madrasah. Dari jauh kelihatan beberapa khemah didirikan.

Sebaik tiba. Mudir yang sedang bersembang dengan ibu bapa pelajar terus menerpa saya.

"Ya Allah, saudara. Saya tengah susah hati fikir nak dapatkan juadah untuk program petang ini. Katering saat akhir maklumkan tak dapat buat. Saudara ada dadih tak untuk ganti kuih-muih?"

Saya ternganga.

Namun saya jelaskan yang saya telah berniat untuk sedekah saja dadih yang ada.

"Tak apa, niat saudara insyaAllah Allah terima, tapi saya juga telah berniat, kalau ada siapa yang boleh tolong sediakan juadah petang ini, saya niat untuk bagi hadiah, nak bagi sedekah." Ustaz menjelaskan hajatnya.

Dadih diserahkan. Dan saya mendapat bayaran yang lebih dari sepatutnya.

Selesai.

.
Petang itu, kami telah merancang untuk pergi kenduri sahabat. Setelah semuanya bersiap, kami terus bertolak.

Di pertengahan jalan. Barulah kami sedar, 2 orang anak kami yang masih kecil, hanya memakai selipar jepun.

Isteri saya naik berang. Saya tidak bercakap apa-apa. Hanya memberi tumpuan kepada pemanduan.

Sebaik tiba di rumah pengantin. Kami semua serba-salah. Kawasan jalan hendak ke rumah pengantin digenangi air. Berlopak. Walapun pihak tuan rumah telah meletakkan kayu dan batu. Namun, air tetap melimpah.

Beberapa orang tetamu yang baru hadir dan ada yang menghala untuk pulang, semuanya terpaksa membuka kasut masing-masing, bimbang tenggelam dalam air lopak dan berselut.

Dua orang anak saya terus berjalan dengan selipar jepun yang dipakai.

Sebaik menikmati juadah. Kami terus memohon diri untuk pulang. Sahabat saya meminta saya untuk tunggu sebentar.

Rupanya dia telah membungkus makanan dan lauk-pauk kenduri.

Memang banyak.

Rupanya, disebabkan hujan lebat dan banyak tempat ada majlis kenduri, maka majlis kenduri sahabat saya kurang tetamu yang hadir.

Maka, banyak lagi makanan yang berbaki.

Saya pulang dengan seribu kesyukuran. Dan segala hikmah yang diperolehi.

Kita merancang tetapi Allah merancang yang terbaik untuk hamba NYA.

#Buku Aku, Dia & Rezeki.
.

Nor Fahidayu Masran
Whatsapp 0162853148

Thursday, September 24, 2015

Salam Aidiladha Buat Semua

Alhamdulillah. Syukur masih diberikan nafas sehingga hari ini. Dapat pula sambut Hari Raya Haji. Mari kita doakan mereka yang menunaikan haji pada tahun ini diberkati dan diberikan Haji yang mabrur.

Ramai yang sedang masak-memasak bersama keluarga. Masak masakan enak di hari raya. Pada yang membantu rewang dan sembelihan korban, yang ikhlas berkorban. Seronok kalau buat ramai-ramai ya! Ajar juga anak-anak kita untuk buat kerja bersama-sama. Biar mereka tahu erti ukhwah yang terjalin.


Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat bercuti dan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua. Kepada yang pulang bercuti, balik ke kampung atau ke mana sahaja, hati-hati memandu. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA.























Wednesday, September 23, 2015

Buku "Bersama Kesusahan Ada Kesenangan"

Buku hanya tinggal sedikit sahaja lagi naskah jilid pertama. Cetakan kedua akan dicetak selepas penambahbaikan dan selepas puan penulis selamat bersalin.

Siapa yang belum dapatkan lagi "Buku Bersama kesusahan Ada kesenangan" boleh tempah sekarang.

.

Sebuah Naskah Menyentuh Jiwa Terbitan Ustaz Fathuri “BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN”

Sedang hangat dipasaran!!

Satu santapan rohani yang pasti akan memberi panduan . Amat sesuai untuk bacaan ilmiah di bulan Ramadhan.

.
BAGAIMANA MENGHADAPI KEKECEWAAN?

✦ Tiba-tiba Hilang Kerja
✦ Kehilangan orang tersayang
✦ Rasa “down” kerana masih di takuk lama
✦ Mengalami kejatuhan perniagaan
✦ Hilang punca pendapatan

Namun di sisi Allah, kesusahan itu berperanan demi untuk kesenangan. Sungguh! Apa jua bentuk ujian kesusahan, kesulitan, kesedihan, tekanan perasaan yang manusia lalui itu sebenarnya tidak akan kekal.

Keadaan itu pasti akan berubah. Kerana sesungguhnya janji Allah itu pasti benar bahawa "Bersama kesusahan Ada Kesenangan". Inilah yang penulis mahu kongsikan. ~Era Adlina~
.
.
"Bersama Kesusahan Ada Kesenangan" sudah masuk istana.  Bila nak masuk rumah anda pula? ☺

.
Whatsapp saya untuk tempahan
Nor Fahidayu Masran.
0162853148

Saturday, September 19, 2015

Vitamin Kanak-Kanak Bantu Naikkan Selera dan Anak Suka Makan Sayur

Baru perasan. Sejak akhir-akhir ni, Habib suka makan sayur. Kubis, bayam, lobak, sawi dan semalam kangkung.

Kelmarin masak bayam tumis air, pagi tengok dah nak basi. Ibu pun nak buang. Habib cakap, apa ibu buang ayur ni? Habib nak makan ngan nasik. Dah basi lah Habib. Nanti ibu masak lagi ya.

Semalam goreng kangkung belacan. Alhamdulillah dia makan dengan baik walau baru pertama kali mencuba.

Makan sayur nanti cepat besar, nanti kuat kata Habib. 😄😄

Wah! Ibu suka.😀

Mungkin ini salah satu usaha dari pemberian Omega untuk dia. Selalu dia akan minta bila dia rasa nak demam, batuk atau selsema. Makan macam makan 'chewing gum' jer. Kunyah-kunyah, kulitnya dikeluarkan. Good boy!

*Omega Habib dah habis. Dia minta dibelikan lagi.!

TIP DAN CARA PUJUK ANAK SUKA MAKAN SAYUR.

1. Selalu puji anak. Beritahu manfaat dan keburukan jika tak makan sayur.

Contoh :

Cara saya,

- Kalau Habib makan sayur, nanti Habib cepat besar. Habib jadi kuat. Habib pandai. Kalau tak makan sayur, macam mana nak cepat besar, nak kuat, nak pandai? Habib nak sekolah dah kan? Ok. Makan sayur ni tau. Sedap! Cuba rasa dulu.

- masa mula-mula dia tak suka tu, saya sorok sayur dalam nasi dia dan terus suapkan. Alhamdulillah, dia tak tau pun dan makan je.

- Beri supplemen untuk anak. Penting untuk tampung kekurangan nutrisi anak. Lebih-lebih lagi anak yang cerewet, tak suka sayur, tak suka buah. Jenis yang suka makan makanan rapu, lebih perlu ambil vitamin tambahan.

Cadangan Vitamin Shaklee untuk kanak-kanak.

2 vitamin pilihan terbaik untuk mereka.

1. Omega Guard - minyak ikan terbaik dan berkualiti tinggi. Bagus untuk perkembangan otak & tingkatkan imun anak. Omega juga bertindak sebagai ageb anti radang. Baik untuk anak yang ada asma, mudah batuk dan selsema. Saya memang beri anak saya Omega Guard Shaklee ini. Sebab dah nampak perubahan dia serta batuk selsema cepat sembuh.

2. MEALSHAKE - minuman multivitamin yang sedap dan enak, harum vanilla. Boleh di campur dalam susu anak atau di ambil bila-bila masa sebagai snek. InsyaAllah, dengan izin dan usaha kita. Anak tidak mudah dijangkiti penyakit dan selera makan meningkat. Jadi, anak kita tidak memilih atau cerewet masa makan. Tak percaya? Cuba dulu, baru rasa.

Hubungi saya jika nak beli vitamin untuk anak.

NOR FAHIDAYU MASRAN
WHATSAPP 0162853148
#pengedarshakleesentul
#vitaminkanakkanak

Friday, September 18, 2015

Amalan Zikir Untuk Menghadapi Masalah Hutang

Alhamdulillah. Selamat pagi. Salam Jumaat penuh barokah.

Semoga Allah lapangkan rezeki dan mudahkan urusan kita hari ini.

Amalkan zikir asma ul husna ini untuk mengatasi MASALAH HUTANG.

Sunday, September 13, 2015

Celik Emas Demi Masa Depan

Teks : Nor Fahidayu Masran
Entry : 44

Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat pemberian dari - NYA.

Petang ini, ingin saya kongsikan sedikit tentang kebaikkan menyimpan emas. Rasanya semua orang tahu, emas sangat bernilai ketika ini. Bilamana kemelesetan ekonomi berlaku, harga emas semakin naik, nilai matawang pula semakin merosot.

Siapa ada emas, boleh pajak jika nak guna duit. Tebus balik dan bayar wang ansuran setiap bulan. Kita dapat semula emas kita. Nampak tak? Di sini kita ada emas, ada duit.

Jika nak banding nilai Rm50.00 sekarang dengan nilai rm50.00 dahulu. Mana lebih banyak kita dapat beli barang? Jika ada emas lama, kita pajak dan kita dapat duit. Berapa pula nilai emas dahulu yang telah kita pajakkan itu? Nilai emas semakin naik bukan?

Saya ingin mengajak anda semua untuk celik emas. Simpanlah 0.5 gram atau satu gram setiap bulan. Hanya sediakan wang gaji atau untung dari perniagaan anda sebanyak Rm100.00 hingga Rm200.00 sahaja. Duit tersebut anda belikan emas. Cukup 12 bulan kita ada 6 gram (0.5gm sebulan) atau 12 gram emas jika simpan 1.gram setiap bulan. Nampak cara kita simpan emas di sini?

Bagaimana nak mula?

Anda boleh daftar jadi ahli dengan rakan niaga Power Gold. Atau boleh juga anda beli emas melalui agen- agen emas yang berdaftar. Daftar melalui saya sahaja.

Kelebihan mendaftar bersama Power Gold.

1. Dapat beli emas dengan harga upah yang murah

2. Beli emas dapat emas. Emas anda tidak di simpan atau di peram oleh syarikat.

3. Beli emas dapat emas. Setiap pembelian anda akan diberi Rm1 setiap gram.

4. Jika ada kawan nak jadi ahli di bawah rangkaian anda, anda dapat bonus. Dibayar dua kali sebulan.

5. Daftar jadi ahli biasa, percuma 1 gram emas. Jadi ahli solid gold, percuma suku dinar atau boleh juga mendaftar jadi stokis Power Gold.

Jom mulakan langkah anda hari ini.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Nor Fahidayu Masran
Sms 0162853148
Lubukemasmurah.fahidayugold.com

Thursday, September 10, 2015

Oh, Sibuknya Ibu Pagi Ini!

Teks : Nor Fahidayu Masran
Entry : 43

Pagi nan indah. Suara azan berkumandang. Seusai mandi dan solat subuh, bancuhkan secawan teh untuk Al Hafiz Rashdan dan Iwan Rashdan sebelum mereka berangkat ke sekolah.
.

Si kecil Fateh sudah bangun seawal jam 6.30 pagi. Minta disusui. Dimandikan juga selepas membuang.

.
Hari ini ibu kerja jam 1.00 petang. Jadi, bolehlah ibu ke pasar. Setelah Fateh ibu tidurkan, abah mengambil alih menjaganya.   Ibu bersiap terus ke pasar membeli ayam dan sedikit sayur.

.
Pulang dari pasar, abang Habib sudah tercegat di depan pintu. Gembira hatinya ibu sudah pulang. Mungkin pada fikirannya, ibu pulang dari kerja. 😊 Ibu letakkan barang yang dibeli tadi. Mandikan Habib dahulu. Siap mandi dan dipakaikan baju, Habib minta sebotol susu. Sambil-sambil menonton televisyen, berbaring Habib sambil menyusu.

.
Terus ibu ke dapur.  Sementara Fateh belum bangun, ibu bersih-bersihkan ayam untuk di goreng. Nasi di tanak terlebih dahulu. Baju di dalam mesin dibilas bersama pelembut get clean shaklee dan dikeringkan. : D

.
Ayam yang siap di bersihkan dan di cuci, ibu goreng bersama garam kunyit. Sementara ayam di dalam kuali, sayur kangkung pula di siang.

.
Terdengar suara Fateh. Sudah bangun anak ibu. Ibu angkat Fateh dari buaian, tersenyum-senyum si jantung hati. Letak di bawah, bermain-main dia bersama abangnya.

Kembali ke dapur, lihat gorengan sudah masak. Angkat dan masukkan lebih ayam lain. Terus ibu sambung menyiang sayur kangkung. Bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan, ditumbuk untuk dibuat rencah sayur goreng.

Siap ayam digoreng, goreng pula cili api, tomato; belacan dan bawang untuk dibuat sambal belacan.

Goreng pula sayur kangkung. Ceng ceng ceng! Seperti chef gayanya. Semua harus cepat. Ok. Siap untuk dihidang. Dapur dikemas-kemas. Di lap dengan semburan Basic h, biar kembali berkilat seperti baru. Pinggan mangkuk,  kuali di dalam sinki di cuci bwrsih dengan pencuci Dish Wash Shaklee pula. Seronok mencuci dengan buih sabun yang tak memeritkan tanganku ini. Berlama-lama pun tidak mengapa. 😊

.
Kerja-kerja memasak sudah siap seawal jam 9.30 pagi. Sebelum berehat sebentar bersama si kecil, pakaian di mesin di jemur dahulu.

.
Si suami sudah lapar. Dihidangkan nasi dan lauk yang siap dimasak tadi. Sedang abahnya makan, ibu mengambil alih menjaga Fateh. Bolehlah sekarang ibu berehat-rehat sambil menyusukan dia. 😊

.
Sedang di dalam kamar, tidak kedengaran suara Habib. Oh ya! Abah dan Habib keluar pergi memancing katanya.

.
Alhamdulillah. Tugasan pagi ini selesai dengan lancar.

.
Ayuh, sedekahkan sendi-sendi kita dengan Solat Dhuha!

Monday, September 7, 2015

Aktiviti Ibu Bila Ibu Kerja Syif Petang

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran
Entry : 42

Sudah seminggu ibu naik kerja setelah bercuti selama 6 bulan. Hari ini pula ibu kerja syif petang. Jadi, bolehlah ibu masak dahulu sebelum pergi kerja nanti. Tengok-tengok gelagat Habib dan Fateh. Abang-abang sudah ke sekolah.
.
Ibu buat sarapan nasi goreng sahaja pagi ini. Habib makan habis sepinggan, minta di tambah lagi. Dia memang seorang budak yang tahan makan pedas. Baru 4 tahun umurnya. Tahun depan Insya-Allah masuk ke pra sekolah di bawah blok.
.
Sekejap lagi ibu nak pergi ke pasar. Beli lauk untuk masak tengahari. Terpaksa bawa dua orang si kecil. Lepas ke pasar, nak ambil gambar pasport Habib pula bagi urusan pendaftaran pra sekolah nanti.
.
Semoga urusan hari ini berjalan lancar dan anak-anak tidak buat perangai yang boleh mendatangkan amarah ibu. 😄
.
Ok. Ibu nak bersiap ke pasar.

Solat Dhuha dan Kepentingannya Dalam Menarik Rezeki

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Google
Entry : 41

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Semoga pagi ini, hari ini dipenuhi dengan kebahagian serta limpahan nikmat rezeki yang barokah. Semoga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan kita. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan-NYA yang melimpah ruah. Tidak terhitung dengan jari jemari kita dan tidak terbayar nikmat-NYA dengan wang ringgit sekalipun. Allahu Akhbar!

Di dalam artikel blog hari ini, ingin saya pahatkan di sini agar ilmu ini dapat kita kongsikan dan amalkan bersama tentang kepentingan solat Dhuha dalam kehidupan seharian dan dalam menarik rezeki melimpah ruah.

BAB 31 : Hutang Dhuha

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.

Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tip ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Bab 31: Hutang Dhuha

❤️Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang pentingnya Solat Dhuha dalam menarik rezeki yang banyak dan melimpah ruah selain tanda kita bersyukur atas segala nikmat pemberian-NYA

❤️Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain melalui bersolat dhuha

❤️Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?

❤️Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya.
.

Jom mengajak orang semua mendirikan solat dhuha setiap hari. Semoga pesanan ini dapat kita ambil iktibar dan mengamalkan Solat Dhuha secara istiqomah. Biiznillah.