Tuesday, August 25, 2015

Ketahui 5 Simptom Ekzema dan Bagaimana Merawatnya

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : sumber google
Entry : 40


Ekzema adalah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh bayi sejak lahir dan biasanya akan hilang sebelum si manja melangkah ke alam persekolahan. 

Terdapat beberapa jenis ekzema, seperti Dyshidrotic eczema, Eczema herpeticum, Nummular eczema, Seborrheic eczema serta Atopic eczema. Atopic eczema atau dematitis adalah sejenis ekzema yang biasa dihidapi oleh bayi dan kanak-kanak.


PENYEBAB EKZEMA

Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetangah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menyebabkan kelembapan terbebas dan memudahkan kuman masuk. 

Beberapa faktor pencetus ekzema pada bayi adalah :
  • pendedahan kepada bulu binatang
  • penggunaan bahan kimia pada kulit
  • pemakaian fabrik sintetik
  • panas dan berpeluh 
  • cuaca kering dan sejuk
  • tekanan perasaan dan stress
  • kulit terlalu kering

5 SIMPTOM EKZEMA

 

  1. Kulit kelihatan bertompok kemerahan dan gatal
  2. Lokasi tumpuan biasanya dibahagian muka, bahagian berlipat seperti leher, pelipat tangan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala
  3. Ada juga kanak-kanak yang mengalami ekzema di bahagian lutut atau siku
  4. ekzema dan gatal akan menyebabkan kulit jadi kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan boleh menyebabkan infeksi
  5. Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik

 

BAGAIMANA MERAWAT EKZEMA PADA BAYI

Ekzema bukan sahaja menyebabkan kegatalan pada kulit malah ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan emosi si kecil. Ekzema tidak dapat dihilangkan begitu sahaja kerana ia ada perkaitan dengan gen. Mungkin bukan satu penyelesaian, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu bagi mengawal ekzema yang dihidapi si manja.

  1. Sapu pelembab. pilih pelembap yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi steroid.
  2.  pastikan kuku bayi anda sentiasa pendek. Ini bagi mengelakkan kulit tercalar akibat menggaru
  3. Tuam menggunakan pek ais untuk mengurangkan rasa gatal
  4. pakaikan pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar
  5. Lindungi bahagian yang gatal dengan pakaian
  6. Legakan bahagian gatal dengan menggosok perlahan-lahan
  7. Sentiasa pastikan ruang kediaman bebas habuk. Elakkan permaidani dan binatang berbulu di dalam rumah
  8. Amalkan penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu, kekacang, telur makanan laut yang mungkin boleh mencetus keradangan ekzema

CADANGAN VITAMIN UNTUK RAWAT EKZEMA


Untuk tujuan melegakan kerengsaan akibat ekzema mulakan dengan penggunaan sabun organik atau dari bahan semulajadi untuk anak-anak. Kemudian boleh tingkatkan antibodi dan imun si manja.

Antara vitamin shaklee yang membantu masalah ekzema malah ada yang sudah sembuh adalah :

Omega  Guard - minyak ikan omega yang membantu melegakan keradangan ekzema dan dapat meningkatkan imun si manja anda. Sesuai untuk bayi berumur setahu. Dan ke atas. Harga Rm136 ( 90 biji) di ambil sebiji sahaja sehari bagi kanak-kanak. 

Mealshakes - minuman segera lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan. Rasa yang enak dengan harum vanilla. Boleh di jadikan sebagai sarapan pagi atau sebagai snek. Ia membantu meningkatkan imun badan, menaikkan selera makan dan membekalkan nutrien untuk tubuh. Harga Rm 113.00 (544gm) hanya sesudu kecil sahaja sehari. 


Krim Herbal Blend : Krim sapu serbaguna berasaskan bahan semulajadi. Tidak pedih. Selamat untuk bayi. Tiada steroid atau paraben. Boleh digunakan sebagai lotion harian. Di sapu pada kulit kering bayi, sebagai pelembab atau terkena gigitan serangga. Hanya Rm27.00 (4oz) disapu pada bila-bila masa perlu. 


Dapatkan set ekzema untuk anak anda daripada saya.

Nor Fahidayu Masran
Whatsapp : 0162853148

Thursday, August 6, 2015

Manfaat dan Kepentingan Vitamin B Untuk Tubuh Yang Patut Kita Tahu

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran
Entry : 39

  

KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK TUBUH

Sebenarnya Vitamin B / B complex ini penting tau! Kalau anda perhatikan, dalam setiap set vitamin Shaklee, mesti ada B Complex. Selain ia dapat menukar makanan kepada tenaga, banyak lagi manfaat, kelebihan dan kepentingan B-Complex ini. 
Sedikit perkongsian tentang B-Complex yang penting untuk kecantikan kulit apatah lagi untuk kesihatan.
 



Manfaat Vitamin B Complex


Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
 

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.


 
Selain dari itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.


 KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS


 1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan          berfikir.
 2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
 3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
 4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
 5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
 6. Mencegah stress.
 7. Menguatkan antibodi tubuh.
 8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
 9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
 10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
 11. Mencegah anemia.
  

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

 1. Merangsang pertumbuhan.
 2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
 3. Memberikan tambahan tenaga.
  

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA


1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah)


MANFAAT UTAMA B-COMPLEX


<3 Tukar makanan kepada tenaga
<3 melawan tekanan
<3 Membantu tumbesaran
<3 Perbaiki masalah rambut beruban dan gugur
<3 Baik untuk mata, kurangan stress pd mata, katarak & tingkatkan kualiti penglihatan
<3 Mencegah Anemia
<3 Meredakan senggugut
<3 Mencegah perlcche - kerekahan mulut, jangkitan lidah, nafas berbau
<3 Detoksifikasi dan meredahan alahan

 
Shaklee B-Complex
SHAKLEE B COMPLEX
 
Anda sudah tahu tentang kepentingan Vitamin B Complex. Jadi, mari kita telan B-complex setiap hari. Sebotol ada 120 biji, jadi ia tahan untuk 4 bulan.

Mari beli Shaklee B-Complex yang dimaksimakan dengan Asid Folik! 

Hanya Rm 53.75 sahaja.

Tidak mahal bukan? Lebih kurang 50 sen sahaja sebiji. Sangat berbaloi. Lagipun ianya lebih selamat kerana 100% semulajadi, ada ujian klinikal dan dijamin berkesan.



Untuk pesanan boleh hubungi saya 
Whatsapp | Telegram : 016-2853148
Nor Fahidayu Masran
Pengedar Shaklee Sentul dan Seluruh Malaysia

Tuesday, August 4, 2015

Tips Motivasi Buat Suri Rumah

Teks : Masayu Ahmad
Foto : Akademi Bekerja di Rumah
Entry : 38

.
Tips motivasi untuk suri rumah
========================
.
Oleh : Masayu Ahmad

• Tetapkan sasaran kerja harian, sama ada kerja rumahtangga, urusan anak-anak, urusan diri sendiri. Agihkan urusan kerja mengikut jadual kerja empat tempoh.

• Jadual kerja empat tempoh ialah agihan 6 jam untuk setiap tahap. Maksudnya ada empat tahap dalam kalender masa 24 jam sehari. Tentukan bermula bangun pagi hingga anda selesai untuk hari tersebut.( 6 jam X 4 tempoh)

• Pastikan anda membuat senarai kerja setiapnya seimbang untuk diselesaikan setiap hari.

• Agihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh.

• Pastikan anda pandai mencuri masa rehat untuk diri sendiri.

• Jangan mudah stress melihat rumah berselerak dan anak-anak minta perhatian serentak. Tarik nafas buat senarai, atau segera buat satu persatu.

• Kadangkala apabila terlalu penat, tangguhkan dulu, rehat seketika dan kembali semula dengan rutin sibuk.

• Anda perlu tahu setakat mana kemampuan dan sasaran mahu dicapai.

• Apabila terlalu penat, berkongsi dengan suami, mintalah bantuan terutama hari minggu, mohon cuti menguruskan anak-anak. Biar suami sahaja yang uruskan.

• Antara zikir yang disarankan Rasulullah kepada salah isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga. Subhanallah, Allhamdulillah, Allahuakbar, ketika mahu tidur. Hilang segala kepenatan seharian dengan limpahan kasih sayang Allah.

Baca selanjutnya dalam naskah ebook "Super Wahm Super Mom".

PROMOSI SEHINGGA 31 OGOS 2015

BELI EBOOK 'Yeay! Mama Sudah Resign" pada harga Rm30 dan dapatkan BONUS mana-mana ebook pilihan anda.

Atau

Beli ebook 'yeay! Mama Sudah resign' dan ebook "10 Langkah Mudah Bina Kedai Online pada harga Rm50 dan dapat 1 Bonus ebook 101 Idea Home Base Bisnes pada harga Rm 50 sahaja.
.
.
#pengurusonlineabdr
#akademibekerjadirumah
#ebooksuperwahmsupermom
#ebookyeaymamasudahresign
.
.
Hubungi saya pengurus online abdr.
Nor Fahidayu Masran 0162853148
Email : norfahidayumasran@gmail.com