Wednesday, June 17, 2015

Ulangkaji Bab Puasa di Bulan Ramadhan

Teks : Nor Fahidayu Masran

Entry : 21


Maghrib nanti berjumpalah kita dengan bulan Ramadhan dan bermulalah malam pertama Solat Tarawikh. Sudah bersediakan kita? Jom kita ulangkaji sama-sama.


Surah Al-Baqarah :183 - 

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


Rasulullah saw bersabda: “Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka” (HR. Ahmad).


Ulangkaji Bab Puasa:-

Niat Puasa - "Sahaja aku berpuasa pada esok hari menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala"


Syarat Wajib Puasa:-


1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tidak musafir)
6. Suci (darhaid & nifas)


Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dari haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan


Rukun-rukun Puasa:-


1. Orang yang berpuasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa


Perkara Yang Membatalkan Puasa:-


1. Makan & minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja sesuatu ke dalam rongga
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )


Perkara Sunat Ketika Puasa:-


1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma / juadah manis
3. Membaca doa
4. Melambatkan bersahur sebelum masuk waktu imsak
5. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat & membuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dari percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak membawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh


Perkara makruh Ketika Puasa :-


1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah


Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-


1. Orang sakit yang ada harapan sembuh
2. Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid & nifas
4. Orang yang meninggalkan niat puasa
5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam / mabuk
7. Orang yang sangat lapar & dahaga


Mereka Yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-

1. Mereka yang tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Orang sakit yg tidak ada harapan sembuh
3. Orang yang terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Orang yang ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil daripada harta pusakanya )
5. Perempuan yang mengandung atau yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa dan membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.


Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:


* Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) seperti:-

1. Memerdekakan seorang hamba mukmin Lelaki / Perempuan. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 org fakir miskin.

Bagaimanapun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya atau dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.


Tingkatan Puasa:-


1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati daripada semua keinginan lahir & batin.


Mereka Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa

1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Orang musafir
3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah
4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga
5. Perempuan hamil  atau menyusukan anaknya yg apabila berpuasa boleh memudaratkan diri atau anak yang disusui itu.


Selamat berpuasa dan semoga Ramadhan ini lebih baik dari tahun lepas. Mari kita tingkatkan amalan di bulan Ramadhan dan perbanyakkan bersedekah. 


Salam Ramadhan 1436h.