Wednesday, June 17, 2015

Resepi Bebola Daging Buat Sendiri Di Rumah

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran
Entry : 22


Esok puasa ye. Jangan lupa niat puasanya. 

Terajin sikit malam ni. Buat bebola daging untuk dibekukan. Boleh guna bila-bila masa nak makan nanti. Lagi-lagi bulan puasa, semua nak buat cepat. Kalau balik kerja terlewat, bolehlah terus masak. Boleh juga simpan paste sambal, asam pedas, kari atau apa sahaja. Senang dan memudahkan kerja ibu bekerja, dalam 20 minit boleh siap masak.

Ok. Saya nak kongsi resepi bebola daging pula. Resepi ini saya buat cara saya sebab ingat-ingat lupa resepi sebenar. Asal jadi dan sedap boleh dimakan.


Resepi Bebola Daging
Resepi Bebola Daging

Resepi Bebola Daging


Bahan-bahannya :

1/2 kilo daging dikisar halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dipotong halus
2 sudu besar tepung ubi
Sebiji telur (dikocak dulu)
Sedikit Daun sup (agak-agak sahaja)
Sedikit lada hitam
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

Cara-caranya :

Gaul semua bahan sehingga sebati kecuali telur. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Agak-agak boleh dibulatkan. Jangan basah sangat. 

Bulat-bulatkan ikut saiz yang anda suka. Nak besar boleh, kecil pun boleh. Simpan dalam peti beku dalam 30 minit dan bolehlah di masak ikut kesukaan anda. Boleh di goreng, dibakar atau di celur. Sedap juga masuk dalam spagetti.

Selamat Mencuba!